<width>40</width>
<description><![CDATA[Sempena dengan minggu seminar Projek Sarjana Muda nih(PSM), membe aku ade bwk blk dua kotak set Lego Mindstorm utk projek robotik die..sambil die buat robot dia..aku pon amik kesempatan mencelah nak bina sesuatu dr lego nih(da lama tak main lego nih.. :P ) godek sana sini brg2 die..last dpt idea nak buat kereta drag nih..tak tau apesal nak buat..idea tu just dtg tetiba..maka ini la hasilnye..ade membe aku yg sorang lg buat kereta jugak tp ade stereng yg functional!!huhu~lego mindstorm nih pada aku bagus utk buat rekaan2 mekanikal..sbb lego ni bukannye set mcm lego budak2 kecik tuh..membe aku kate harga utk dua kotak set tu nak dekat RM1k..wahlawei~mhl bebeno..so kat bwh ni le gambar kereta drag aku yg dibuat utk hilangkan boring selepas seminar PSM..yihaaa~~ 8-)  8-)  8-) 
<description><![CDATA[Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda
-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
<description><![CDATA[asik amik gamba time siang je..ape kata kite cube jln2 waktu mlm lak amik ambient lampu waktu mlm..misti menarik kan?tp kalu da hujan kurang menarik la jdnye..pasal takut kamera masuk air..ini la yg terjadi mase aku kluar mencari lampu2 area town melaka..dua shot nih di amik kat tepi sungai melaka berdekatan area bangunan stadhuys (bgnn merah)..sempat bereksperimen untuk amik dua shot je..pastu hujan pon turun..kelam kabut aku nak save kamera..sib baik takde pape..huhu~tgk2 le ape yg ade k..sile le komen skali kalo rajin nak menaip..hoho~ :P  :P  :P 
<description><![CDATA[Petang tadi sy telah pergi ke perkampungan portugis kat melaka..nak try panoramic shot..so hasilnye adelah seperti dibawah..
description gambar:-
Gambar ni hasil dr fungsi Photomerge dlm PS CS3..guna 4 shot utk merge..lepas dah merge..tgk gambar agak flat colornye..so sy try edit stail High Dynamic Range(HDR)..so kena pakai beberapa layer utk blend gambar nih....tak tau la jadi ke tak HDR nih..main belasah je..huhu~
editing yg dilakukan:-
Photomerge
Level
Eraser
Clone Stamp
Levels
Curves
Dodge
Burn
Gambar2 ori :-
EXIF data:-
Model:PENTAX K100D
ExposureTime : 1/400Sec
FNumber : F6.3
ExposureProgram : Manual
ISOSpeedRatings : 200
ExposureBiasValue : EV0.0
MeteringMode : Division
Flash : Not fired(Compulsory)
FocalLength : 18.00(mm)
komen2 dari rakan2 sekalian adalah amat diharapkan..
sekian terima kasih~  :-D ]]></description>
<description><![CDATA[lepas pi bli tiket wayang..turun ke taman KLCC(again)..tp dok kejap je pasal cuaca tak mengizinkan..nmpk pekerja ni tgh bersihkan kolam kat depan KLCC tuh..bile tgk diorang nih..buatkan aku terpikir..kalo le takde drg2 ni yg buat 'the dirty job' ni..adekah kite akan hidup dlm keadaan yg bersih?adekah tempat pelancongan kite akan sentiasa di penuhi tourists?pikir2 kan le.. ;-) 
<description><![CDATA[baru sampai dr melaka..tak tau nak buat ape..lepas bli beg kamera baru(aksesori makin byk) trus gerak ke KLCC..berjalan2 ke kinokuniya then ke taman..melihat gelagat manusia ketika senja hampir melabuhkan tirainya..penuh dgn 'pelawat' asing..tak rase mcm kat KL plak..haha~ beberape shot juge diambil sekadar mengisi masa lapang..beberape fotografer juge kelihatan dan sempat memberikan senyuman mesra sesame fotografer..  :P
sekian entry kali ini..bertemu di entry akan dtg..roger n out~  8-)   
self portrait
bersenam utk kesihatan diri
'rakan' fotografer :P
now who's taller eh?
proudness]]></description>
<description><![CDATA[Setelah sekian lama tak update fotopages ni..akhirnye ade jugak kemahuan nak update..haha~~ actually takde la stop amik gamba pon..just malas nak upload jek..well tetibe rajin lak ari nih..so kasi upload la..tema nye street photo amik kat area A famosa melaka..sile2 la melihat yek...hawhawhaw~
<description><![CDATA[gambar2 bersama dgn DSLR baru..
<description><![CDATA[antara aktiviti bulan depan yg akan disertai aku